Harap Myanmar Kekal Aman, Stabil

2021-02-17 15:54:09  CRI
Share with:

China berharap percanggahan Myanmar dapat diselesaikan sebaik-baiknya dalam rangka Perlembagaan dan undang-undang bagi memelihara kestabilan politik dan masyarakat.

Demikian ujar Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai dalam wawancara bertulis pada Isnin, ketika diminta mengulas situasi semasa Myanmar.

Duta itu berkata, China dan Myanmar adalah jiran baik yang menjalin ikatan muhibah kukuh. China berharap semua perkara berkembang baik di Myanmar, dan tidak mahu melihat negara itu terjerumus dalam kancah kekacauan.

China menyokong usaha damai yang dilakukan ASEAN dan utusan khas Setiausaha Agung PBB bagi isu Myanmar.

Dalam pada itu, China juga memainkan peranan konstruktif untuk menggalakkan rundingan damai antara pihak-pihak terlibat.

Tambah beliau, tindakan yang diambil masyarakat antarabangsa harus kondusif bagi kestabilan politik dan sosial Myanmar, bukannya meruncingkan percanggahan.

周乔西