Kerjasama BRI Pacu Pembangunan Infrastruktur Thailand

2021-02-17 14:41:25  CRI
Share with:

Kerjasama BRI Pacu Pembangunan Infrastruktur Thailand_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_3f31ccfe-15d2-4505-87ca-f794631cf843

Selaku negara penting yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Thailand kini sedang mempergiat penyelarasan strategi pembangunan negaranya dengan inisiatif tersebut, menyaksikan kerjasama kedua-dua negara membabitkan kesalinghubungan infrastruktur terus ditingkatkan.

Seperti sedia maklum, lapangan terbang dilihat begitu simbolik sebagai sepasang sayap bagi sesebuah bandar.

Kini, warga Thailand akan menerima sebuah terminal baharu atau sepasang sayap baharu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok yang sedang berada dalam fasa pelarasan sistem terakhir.

Kerjasama BRI Pacu Pembangunan Infrastruktur Thailand_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_4b0533ce-a161-4aed-9f0c-4d177de11861

Meskipun turut sama menerima tempias pandemik COVID-19, China State Construction Engineering Corporation (CSCEC) selaku pemenang pembidaan projek tersebut pada Ogos 2017, masih meneruskan kerja-kerja pembinaan dengan mematuhi peraturan kawalan wabak bagi memastikan projek dapat diselesaikan mengikut jadual.

Pengurus projek, Shen Minghua ketika ditemu ramah wartawan Kumpulan Media China (CMG) berkata, projek itu tidak pernah dihentikan, serta tiada pekerja yang dilaporkan dijangkiti wabak pada pertengahan Mac tahun lalu, iaitu tempoh paling kritikal dalam penularan pandemik di negara itu.

"Demi menyelesaikan projek dengan kualiti terjamin, kami kekal bertugas termasuk pada tempoh cuti Tahun Baharu Cina", ujar beliau.

Kerjasama BRI Pacu Pembangunan Infrastruktur Thailand_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_9f0e9cae-714b-45c0-b48f-0777e2aea712

Terminal baharu Lapangan Terbang Suvarnabhumi ialah sebuah projek prasarana ikonik berkaitan kesejahteraan rakyat yang menjadi tumpuan seluruh masyarakat tempatan.

Projek itu menawarkan lebih 15,000 peluang pekerjaan, manakala kesemua bahan yang digunakan untuk pembinaan termasuk simen, keluli dan bahan hiasan telah dibeli di Thailand yang secara tidak langsung turut memacu pertumbuhan ekonomi tempatan.

Kerjasama BRI Pacu Pembangunan Infrastruktur Thailand

周乔西