Dipercayai masyarakat setempat Atulie'er di barat daya China pasti memilih daging dan tauhu sebagai menu utama semasa makan besar bersama keluarga.
Santapan itu sangat cocok disajikan untuk meraikan Tahun Baharu Cina sejak mereka dipindahkan mendiami rumah baharu pada 2020.
Komuniti berpenduduk etnik Yi yang dikenali kampung Atulie'er atau “kampung cenuram” di Liangshan, wilayah Sichuan, yang menetap di puncak gunung sejak sekian lama, akhirnya bernafas lega apabila berpindah ke kediaman baharu yang dilengkapi bekalan air minum dan gas asli.
Mereka merupakan antara golongan yang mendapat manfaat daripada program membasmi kemiskinan yang dipergiatkan di dalam negeri ketika itu.
Seperti yang ditegaskan Presiden Xi Jinping, sosialisme menjanjikan kehidupan yang bahagia dan indah buat semua rakyat merangkumi setiap kaum, setiap keluarga dan setiap individu.
Menjelang hujung tahun lepas, 52 buah kaunti mundur mencatat sifar kemiskinan. Dengan itu, program pembasmian kemiskinan yang diusahakan menyasar 832 kaunti miskin di seluruh negara selama lapan tahun, telah berjaya membawa kesemua 100 juta orang penduduk keluar dari garis kemiskinan.
Pencapaian cemerlang itu bukan sahaja menyumbang kepada usaha mengurangkan kemiskinan di peringkat global, tetapi juga menjadi dorongan kepada warga China untuk mengejar kehidupan yang lebih baik.
Terutamanya, mereka yang dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan akan diberikan lebih banyak peluang perkembangan oleh kerajaan.
Seperti yang disarankan untuk menggubal Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14, China akan terus melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat mewujudkan kemakmuran bersama menjelang 2035.