Thailand Mula Suntikan Vaksin Buatan China Minggu Depan

2021-02-18 14:13:04  CRI
Share with:

Thailand Mula Suntikan Vaksin Buatan China Minggu Depan_fororder_2021021810525816915

Kerajaan Thailand akan menghantar sebuah pesawat khas untuk membawa pulang vaksin buatan China untuk kumpulan pertama pada 24 Februari.

Menurut Pengerusi Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thailand, Chaiyapruk Didyasarin, pesawat A350-900 yang kendalian syarikat itu ditugaskan untuk menjalankan misi membawa 200 ribu dos vaksin yang dihasilkan oleh SinoVac Biotech (SVA) tersebut.

Beliau berkata, pesawat ini akan berlepas dari Beijing pagi hari tersebut, dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand pada pukul kira-kira 11 pagi waktu tempatan.

Sementara itu, Chaiyapruk turut menjelaskan pesawat tersebut akan dilengkapi dengan kotak kawalan suhu, manakala pakar yang berkaitan akan terus memastikan keselamatan pengangkutan vaksin terjamin.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan kebanggaan dan keterujaan pihaknya yang mendapat kepercayaan bagi menjalankan misi tersebut.

Kerja-kerja pemvaksinan dijadual akan dilaksanakan tiga hari selepas vaksin itu sampai, iaitu pada 27 Februari.

覃淼