Kementerian Perdagangan China mengumumkan jumlah jualan runcit dan katering sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) direkodkan sebanyak RMB821 bilion (RM513 bilion), meningkat 28.7% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, penggunaan pada musim TBC tahun ini telah menunjukkan beberapa ciri baharu.
Di tengah penularan wabak COVID-19, penggabungan sektor jualan runcit secara dalam dan luar talian telah dipercepat. Faktor lain seperti ramai rakyat memilih meraikan perayaan di lokasi masing-masing berbanding pulang ke kampung, turut menyumbang kepada lonjakan jualan kedai fizikal dan maya.
Dilihat dari segi struktur penggunaan pula, kualiti penggunaan rakyat China makin meningkat dengan ketara. Industri filem yang terjejas teruk akibat COVID-19 kini diberi nafas baharu apabila menyaksikan hasil kutipan jualan tiket yang tinggi pada tempoh cuti TBC.
Kehadiran pengguna di panggung wayang membuktikan keberkesanan usaha China dalam mencegah dan mengawal wabak, dan pada masa sama turut memperkukuh keyakinan terhadap pemulihan ekonomi.
Aspirasi 1.4 bilion rakyat China untuk mengejar kehidupan lebih baik, sumber motivasi yang menyuntik kedinamikan dan momentum kepada ekonomi negara.
Kerancakan sektor penggunaan dalam tempoh cuti TBC mencerminkan pasaran penggunaan China yang berskala besar, mempunyai potensi lebih besar.
Ini bukan sahaja menjadi penyangga kepada pembangunan China pada fasa baharu serta pembentukan paradigma pembangunan baharu, juga akan membawa lebih banyak peluang kepada peniaga dari seluruh dunia.