Kenderaan Robotik AS Mendarat di Marikh

2021-02-19 14:39:44  CRI
Share with:

Kenderaan Robotik AS Mendarat di Marikh_fororder_1127112838_16136961062861n

Kenderaan robotik yang dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat (AS), Perseverance selamat mendarat di Marikh pada  Khamis untuk misi mencari kehidupan mikrob di planet tersebut.

Kenderaan Robotik AS Mendarat di Marikh_fororder_1127112838_16136961062341n

Menurut NASA, kenderaan robotik itu berjaya memasuki atmosfera, menurun dan mendarat di permukaan Marikh dalam masa tujuh minit. Ia melakukan pendaratan di kawah Jezero pada pukul 3.55 petang sebelum menghantar balik gambar pertama dari planet itu.

Perseverance dilancarkan dari Pangkalan Tentera Udara Cape Canaveral, Florida pada 30 Julai 2020, dan terbang di angkasa selama 203 hari sebelum mendarat di permukaan Marikh.

Kenderaan Robotik AS Mendarat di Marikh_fororder_1127112838_16136961063261n

Kenderaan robotik itu merupakan kapal angkasa kesembilan NASA untuk menjelajah planet Marikh.

Selain mencari kehidupan mikrob,  misinya juga termasuk mengkaji struktur geologi dan ciri-ciri iklim di Marikh untuk membuka jalan kepada eksplorasi manusia ke planet merah itu pada masa depan.

高蕾