G7 Bincang Pemulihan Ekonomi Pasca Wabak

2021-02-20 14:36:36  CRI
Share with:

Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) membincangkan penyelidikan, pembangunan dan pengagihan vaksin COVID-19 serta pemulihan ekonomi pasca wabak secara maya semalam.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan setelah telesidang itu, G7 sepakat untuk mengintensifkan kerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kumpulan 20 (G20) dan pertubuhan multilateral lain dalam usaha meningkatkan keselamatan kesihatan global dan menangani pandemik.

Selain itu, G7 juga akan memperhebat kerjasama pelbagai hala demi kesihatan dan kemakmuran umat manusia, hingga menjadikan 2021 titik perubahan bagi multilateralisme.

高蕾