Yakin ASEAN Mampu Bantu Myanmar Harungi Kesukaran

2021-02-21 14:13:22  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi pada Jumaat menghubungi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei, Dato Seri Setia Erywan bin Pehin Yusof dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menerusi telefon untuk membincangkan situasi Myanmar.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sesi taklimat semalam, Brunei dan Indonesia bersepakat bahawa bergantung kepada rakyat Myanmar untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi hal ehwal dalaman negara mereka.

ASEAN akan menjalankan komunikasi konstruktif dengan negara terbabit dengan memegang prinsip tidak campur tangan, membantu negara itu memulihkan kestabilan secepat mungkin, di samping mempertimbangkan untuk mengadakan sidang menteri luar khas.

Selaku jiran terbesar Myanmar dan ASEAN, China diharap mengekalkan komunikasi dalam isu berkenaan dan menyokong penganjuran sidang tersebut.

Tambah Hua, China menyokong ASEAN memainkan peranan positif dalam hal ini mengikut kaedahnya tersendiri yang menjunjung prinsip tidak campur tangan serta konsensus dicapai melalui rundingan, juga menyokong sidang menteri luar khas anjuran blok itu.

ASEAN, selaku pertubuhan serantau yang matang, diyakini mempunyai kebijaksanaan politik untuk membantu Myanmar mengharungi kesukaran.

高蕾