Perlu Cakap Serupa Bikin

2021-02-21 15:19:30  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dalam satu kenyataan mengesahkan AS telah menganggotai semula Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim pada Jumaat.

Selaku negara yang jumlah pelepasan gas rumah hijaunya paling banyak di dunia, AS mengundurkan diri daripada Perjanjian Paris pada hujung 2020 dengan  alasan perjanjian itu menambah beban kewangan dan ekonominya.

Tindakan AS telah melemahkan keberkesanan pelaksanaan Perjanjian Paris yang  digubal berasaskan konsensus multilateral, sedangkan negara itu sendiri turut menerima padahnya.

Dalam konteks ini, AS dialu-alukan kembali semula ke Perjanjian Paris. Namun, bagi pihak AS, cakap mestilah serupa bikin.

Dalam senario  polarisasi politik di AS, bagaimana merealisasikan slogan dalam bentuk tindakan, mencegah perjanjian tersebut dijadikan korban pertelingkahan antara parti, dan menjamin kesinambungan dasar iklim, kesemuanya persoalan yang perlu dirungkai kerajaan Joe Biden.

Dari perspektif luaran, hanya dengan menjunjung multilateralisme yang berteraskan prinsip semua urusan dikendalikan bersama menerusi perundingan, barulah dapat mencapai situasi menang-menang.

Selain itu, negara maju yang diketuai AS tidak boleh menggunakan isu perubahan iklim sebagai cip tawar-menawar untuk menyekat kemajuan negara membangun.

Sebaliknya, mereka perlu terus berusaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau menurut Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), di samping menghulurkan sokongan dari segi modal, teknologi dan pembinaan keupayaan kepada negara membangun sehingga membentuk sistem baharu tadbir urus iklim.

AS diharap dapat menyedari pentingnya Perjanjian Paris bagi pembangunan mampan, dan memberi sumbangan positif kepada usaha menangani perubahan iklim menerusi tindakan praktikal.

张宪