Batalkan Sekatan, Bawa Hubungan China-AS ke Landasan Betul

2021-02-22 14:42:42  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa menyesuaikan dasarnya bagi membawa hubungan China-AS kembali ke landasan yang betul.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi membuat gesaan demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Forum Bilik Biru bertemakan hubungan China-AS yang diadakan hari ini.

Wang menyatakan, China berharap AS dapat membatalkan tarif tidak munasabah terhadap produk buatan China, membatalkan sekatan sepihak terhadap firma dan institusi pengajian sains dan pendidikan China, serta membatalkan tekanan tidak masuk akal ke atas kemajuan sains dan teknologi China.

Pada masa yang sama, AS diharap menarik balik pelbagai sekatan terhadap pertubuhan pendidikan, kebudayaan, penerangan dan hal-ehwal perantau China di AS, serta halangan dan ancaman kepada kerajaan tempatan dan pelbagai lapisan masyarakat negara itu untuk berkomunikasi dengan China, bagi menggalakkan dan menyokong pemulihan pertukaran kebudayaan antara institusi pengajian tinggi (IPT), institusi pengajian dan pelajar yang menuntut di luar negeri.

Sementara itu, Wang Yi menegaskan, China bersedia membina iklim yang kondusif bagi mendorong interaksi rakyat kedua-dua negara.

徐国玮