Thailand Lulus Pendaftaran Vaksin COVID-19 Sinovac

2021-02-24 15:32:05  CRI
Share with:

Jabatan Makanan dan Ubat Thailand (FDA) telah meluluskan permohonan pendaftaran vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat farmaseutikal China, Sinovac pada Isnin.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul menyatakan perkara tersebut melalui akaun media sosialnya semalam.

Menurutnya, tempoh sah pendaftaran vaksin tersebut bermula pada 22 Februari 2021 hingga 21 Februari 2022.

Dalam perkembangan lain, kumpulan pertama vaksin buatan Sinovac telah tiba di negara itu hari ini.

Oleh itu, rakyat Thailand boleh mula menerima suntikan vaksin terbabit dengan serta merta.

徐国玮