Mengapa Tragedi Kemanusiaan Berulang di AS?

2021-02-24 13:37:34  CRI
Share with:

500 ribu, angka ini ialah jumlah kehilangan nyawa di Amerika Syarikat (AS) akibat wabak COVID-19 setakat Isnin lalu. Manakala terdapat 75 orang terkorban dalam bencana ribut musim sejuk tahun ini di negara itu.

Kedua-dua angka yang dahsyat ini menggembarkan dunia. Ia mencerminkan kehidupan susah rakyat AS ketika menghadapi wabak COVID-19 dan bencana alam.

Mengapa bencana alam itu telah menjerumuskan kuasa terbesar di dunia itu ke dalam tragedi kemanusiaan? Jawapannya senang diperoleh melalui tindakan ahli politik negara itu.

Kepentingan peribadi politik dianggap faktor utama yang membawakan tragedi tersebut. Pada awal penularan pandemik, ahli politik AS memandang remeh usaha kawalan dan pencegahan wabak, di samping sibuk menjaul saham masing-masing, sehingga terlepas masa yang paling penting untuk membendung wabak.

Akhir-akhir ini, berdepan dengan permintaan penduduk yang tiada bekalan air dan tenaga, Datuk Bandar Colorado, Tim Boyd melalui akaun media sosialnya membalas "Hanya orang yang kuat akan dapat hidup, manakala orang yang lemah hanya akan musnah."

Apabila sains memberi laluan kepada politik, nyawa manusia memberi laluan kepada kepentingan peribadi, tak hairanlah bencana alam menjadi tragedi kemanusiaan.

Selain itu, polarisasi politik dianggap pendorong kepada berlakunya tragedi di AS.

Ketika menghadapi gangguan bekalan tenaga di Texas, Parti Republikan dan Parti Demokratik masing-masing menyalahkan pihak lain dalam bekalan tenaga baharu dan tradisional.

Polarisasi politik kini telah menjadi penghalang dalam hampir semua dasar awam di negara itu. Sistem pemisahan kuasa pula telah menjadi kuasa veto.

覃淼