Iran Berhenti Laksanakan Protokol Tambahan NPT

2021-02-24 13:13:34  CRI
Share with:

Iran telah berhenti melaksanakan protokol tambahan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan menjalankan sekatan terhadap sebahagian kerja pemeriksaan dan pemantauan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di negara itu bermula petang Selasa. Ini susulan Amerika Syarikat (AS) tidak menarik balik sekatan terhadap Iran dalam masa yang ditetapkan.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menyatakan, Iran akan terus melaksanakan NPT dan perjanjian jaminan terbabit, di samping mengekalkan kerjasama dengan IAEA.

Namun beliau menjelaskan bahawa pihaknya tidak akan berkongsi bahan video pemantauan terhadap kemudahan nuklearnya dengan IAEA seperti dahulu.

胡星