Bawa Hubungan Ekonomi dan Perdagangan China, AS ke Landasan Kerjasama

2021-02-25 14:20:17  CRI
Share with:

China berharap dapat berusaha bersama Amerika Syarikat (AS) dan membawa hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala kembali ke landasan kerjasama.

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao berkata demikian di Beijing semalam.

Wang berkata, China bersedia meningkatkan interaksi dengan AS, mengutamakan kerjasama di samping mengawal percanggahan berdasarkan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara.

Walaupun perdagangan antarabangsa merosot akibat pandemik COVID-19 pada tahun 2020, namun China berjaya mengekalkan peningkatan dalam perdagangan luar, termasuk dengan AS.

Wang Wentao berkata, China merupakan rakan dagang terbesar bagi AS. Kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara telah memainkan peranan positif dalam pemulihan ekonomi masing-masing. Ini membuktikan bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan merupakan pendorong yang meningkatkan hubungan kedua-dua negara serta membawa manfaat yang benar kepada kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan juga mengumumkan, pihaknya sedang menjalankan penilaian, kajian dan analisis yang menyeluruh terhadap Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), di samping itu mengadakan kontak tidak rasmi dengan beberapa anggota perjanjian tersebut.

徐国玮