Hungary Mula Suntikan Vaksin Buatan China

2021-02-25 11:34:08  CRI
Share with:

Hungary Mula Suntikan Vaksin Buatan China_fororder_1127135836_16142025461501n

Hungary Mula Suntikan Vaksin Buatan China_fororder_1127135836_16142025461731n

Hungary telah memulakan suntikan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) Rabu lalu.

Perdana Menteri, Orban Viktor mengumumkan perkara tersebut melalui akaun laman sosialnya semalam.

Kumpulan pertama vaksin buatan China telah tiba di Budapest pada 16 Februari lalu. Vaksin berkenaan kemudian diedarkan kepada 5,000 klinik doktor keluarga pada Isnin dan Selasa lalu.

Ketua Pegawai Perubatan Hungary, Cecelia Muller menyatakan, vaksin buatan China itu boleh disimpan pada suhu 2 hingga 8 darjah Celsius dan ini amat sesuai untuk digunakan oleh doktor keluarga.

Pemvaksian telah dimulakan di negara itu pada penghujung Disember lepas. Mereka yang terlebih dahulu menerima suntikan vaksin termasuk kakitangan perubatan, warga emas, penghuni dan kakitangan di pusat jagaan.

Menurut data statistik terkini, sebanyak 471,004 warga Hungary telah menerima suntikan vaksin untuk dos pertama, antaranya 208,846 orang telah menyelesaikan suntukan dua dos, setakat pukul 8.00 pagi Rabu.

  

覃淼