Sandiwara Kotorkan Imej Xinjiang Digagalkan

2021-02-25 13:42:30  CRI
Share with:

Dalam buku  "The End of Uygur Fake News" yang diterbitkan baru-baru ini, penulis terkenal dari Perancis, Maxime Vivas telah berkongsi pengalamannya sendiri di wilayah Xinjiang China. Menurutnya, "saya melihat banyak orang etnik Uygur dan banyak masjid. Di sekolah, saya melihat guru di sana mengajar bahasa Mandarin dan bahasa Uygur. Saya melihat tukang masak memasak makanan halal. Kesemua ini sukar untuk kita bayangkan di Eropah kerana khabar angin yang menyebut ada 'genosid' di Xinjiang. Namun ketika kamu datang ke Xinjiang, kamu akan mengetahui bahawa dakwaan itu bukanlah kebenaran."

Setiausaha Agung Parti Komunis Kurdish (KKP) Iraq, Kava Mahmoud baru-baru ini memberikan pengikrafan terhadap langkah membanteras keganasan dan ekstremisme di Xinjiang sebagai paling berjaya.      

Apabila mengikuti laporan BBC, New York Times, dan CNN mengenai wilayah Xinjiang, adalah tidak sukar bagi kita untuk mendapati bahawa media-media Barat itu diperalatkan oleh kuasa anti-China untuk membuat-buat berita palsu dan menghitamkan nama China.

Antara 40 laporan mengenai Xinjiang oleh BBC dari Ogos tahun lepas hingga tahun ini, terdapat 30 laporan tidak disertakan nama penulis, dan laporan tersebut kebanyakannya memetik sumber lain atau khabar angin yang tidak berasas.

Hampir semua laporan oleh media Barat itu memetik hasil kajian seorang sarjana anti-China, Adrian Zenz.

Menurut lawan sesawang Grayzone Amerika Syarikat (AS), laporan Adrian Zenz mengenai dakwaan "genosid" di Xinjiang memutarbelitkan fakta. Pada hakitatnya, jumlah orang etnik Uygur di wilayah Xinjiang meningkat sebanyak 2.55 juta, iaitu naik 25% dari tahun 2010 hingga tahun 2018, dan kadar ini jauh lebih tinggi daripada kadar purata di wilayah Xinjiang. Dari manakah datangnya "genosid" di Xinjiang?

胡星