Pemimpin EU Seru Giatkan Pemvaksinan

2021-02-26 13:29:21  CRI
Share with:

Mesyuarat pemimpin Kesatuan Eropah (EU) diadakansecara maya semalam, memfokuskan kerja memerangi pandemik COVID-19.

Para pemimpin bersependapat bahawa situasi wabak di negara-negara EU masih serius, terutamanya mutasi virus COVID-19 membawa cabaran baharu. Oleh itu, EU perlu mempercepat pengeluaran dan suntikan vaksin.

Sidang Kemuncak EU selama dua hari dirasmikan semalam. Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dalam sidang akhbar semalam menyatakan, keutamaan EU ketika ini adalah mempercepat pengeluaran dan pembekalan vaksin, di samping mempergiat kerja pemvaksinan di 27 negara anggota.

Selain itu, para pemimpin bersetuju untuk terus mengambil langkah-langkah sekatan terhadap perjalanan rentas negara yang tidak perlu, di samping menjamin pengaliran bebas kargo dan perkhidmatan di pasaran tunggal EU.       

Media Eropah berpendapat, langkah-langkah tersebut bermanfaat bagi mempercepat kelulusan vaksin yang menyasarkan mutasi virus di EU.

胡星