3 Terkorban, 5 Parah Letupan di Singapura

2021-02-26 11:21:19  CRI
Share with:

Sekurang-kurangnya tiga pekerja terkorban dan lima lagi cedera parah dalam kejadian letupan di sebuah bengkel di kawasan perindustrian di Singapura pada Rabu.

Menurut Kementerian Sumber Manusia Singapura semalam, siasatan peringkat awal mendapati kemalangan itu disebabkan letupan habuk yang mudah terbakar.

Syarikat-syarikat terlibat dalam sektor berkenaan digesa mempergiat tindakan keselamatan bagi mengelakkan kemalangan seumpama daripada berlaku.

覃淼