Kod Rahsia Kejayaan China Basmi Kemiskinan

2021-02-26 14:37:43  CRI
Share with:

Perjuangan membasmi kemiskinan di negara ini telah mencapai kejayaan secara komprehensif. Presiden China, Xi Jinping mengumumkan di Beijing semalam bahawa China telah menyelesaikan misi membasmi kemiskinan mutlak dan ini sekali gus mencipta keajaiban dalam sejarah umat manusia.

Dalam tempoh lapan tahun yang lalu, seramai 10 juta orang keluar dari kemiskinan secara purata setiap tahun, ini tidak pernah berlaku di dunia.

Presiden Xi dalam ucapannya semalam telah menyingkap kembali perjuangan yang sukar negara ini dalam membasmi kemiskinan. Beliau merumuskan pengalaman China dalam membasmi kemiskinan dengan "tujuh mempertahankan" dan menjelaskan "kod rahsia" kejayaan China tersebut.

Antaranya, mempertahankan pimpinan Parti Komunis China (PKC), dan mempertahankan fikiran pembangunan yang berterskan rakyat, amat signifikan dan menarik perhatian umum.

Di dunia ini, jarang-jarang ada parti pemerintah seperti PKC yang meletakkan misi membasmi kemiskinan sebagai keutamaan.

Sebagai negara membangun paling besar di dunia, kejayaan mengatasi kemiskinan di China memperlihatkan kemajuan perlindungan hak asasi manusia di negara ini, dan ia sekali gus menyumbang kepada usaha pengurangan kemiskinan sejagat.

China seterusnya akan memperkukuh hasil membasmi kemiskinan selaras dengan pembangunan kawasan luar bandar agar mencapai matlamat kesejahteraan bersama, dan menyumbang penggerak kepada usaha pembasmian kemiskinan dunia.

徐国玮