Wang Yi: Wujud Kedamaian di Sempadan China-India

2021-02-26 13:31:53  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara, merangkap Menteri Luar China, Wang Yi berhubung dengan Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar melalui telefon semalam.

Wang Yi menyatakan, salah-betulnya situasi di sempadan China-India pada tahun lalu amat jelas dan iktibar harulah diambil. Dasar India terhadap China yang bergoyah dan ke belakang mutakhir ini telah menjejaskan kerjasama kedua-dua negara dan ia tidak sesuai dengan kepentingan bersama.

Beliau menegaskan, pengalaman dalam beberapa dekad lalu membuktikan bahawa perselisihan tidak bermanfaat bagi penyelesaian masalah, sebaliknya akan merosakkan asas rasa saling percaya antara satu sama lain.

Ujar Wang Yi, tentera China dan India telah menyelesaikan pengunduran di kawasan Tasik Bangong dan ketegangan di kawasan itu mereda. Kedua-dua pihak harus menghargai keamanan yang tidak mudah dicapai itu, mempercepat rundingan di sempadan untuk mewujudkan kedamaian di sana.

Jaishankar menyatakan, India bersedia meningkatkan rundingan dengan China dan menggalakkan pengunduran di seluruh sempadan, meredakan situasi tegang di sempadan dan bersama-sama memelihara kedamaian dan keamanan di kawasan terbabit, agar membawakan hubungan dua hala kembali ke landasan normal secepat mungkin. 

胡星