Biden Beri Amaran Kepada Iran: Berhati-hati

2021-02-27 15:36:26  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat(AS), Joe Biden semalam menyatakan, isyarat dari AS kepada Iran  melalui serangan udara di timur Syria adalah “berhati-hati”.

Demikian dinyatakan oleh Biden ketika menjawab soalan media mengenai serangan udara AS di timur Syria baru-baru ini.

Menurut media Iran,  Kementerian Luar Iran mengeluarkan pengumuman untuk mengutuk keras serangan udara AS terhadap Iran. Katanya, ini merupakan pencerobohan, melanggar undang-undang antarabangsa dan menjejaskan kestabilan serantau.

Jabatan Pertahanan AS pula mengesahkan kelmarin, tentera negara itu telah melancarkan serangan udara terhadap beberapa kemudahan militia yang disokong oleh Iran di timur Syria. Ini adalah tindak balas terhadap serangan roket terhadap sasaran AS di Iraq.

胡星