Thailand Mula Suntikan Vaksin Buatan China

2021-02-28 14:48:43  CRI
Share with:

Penerimaan suntikan vaksin COVID-19 buatan China dimulakan di Thailand hari ini.

Beberapa anggota kabinet menjadi golongan pertama yang menerima suntikan vaksin yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal China, Sinovac itu.

Antaranya termasuk Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul, dan Menteri Kebudayaan, Itthiphol Kunplome. Yang turut menerima suntikan vaksin ialah Menteri Pertanian, Naib Menteri Kesihatan, Naib Menteri Pendidikan dan lain-lain.

Upacara pemvaksinan yang diadakan di insituti pengajian penyakit berjangkit negara itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha.

Menurut Prayuth, ini hari yang bersejarah dalam membantu rakyat negara itu mengukuhkan semula keyakinan untuk melawan wabak COVID-19.

Pada hari yang sama, 159 penduduk di Samut Sakhon, kawasan paling teruk terjejas dalam gelombang baharu pada bulan Disember lalu, dijadual menerima suntikan pertama vaksin berkenaan. Mereka yang disifatkan sebagai golongan berisiko tinggi termasuk kakitangan awam tempatan, petugas kesihatan dan pekerja asing.

Thailand telah menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 dari Sinovac sebanyak 200,000 dos pada Rabu, kemudian diedarkan ke 13 wilayah, termasuk ibu negara Bangkok. Selain itu, sebanyak 1.8 juta dos dijadualkan akan dihantar ke negara itu pada bulan Mac dan April.

覃淼