Vaksin Buatan China Tiba di Filipina

2021-03-01 13:01:10  CRI
Share with:

Vaksin Buatan China Tiba di Filipina_fororder_微信图片_20210301125853

Vaksin COVID-19 buatan China kumpulan pertama tiba di Pangkalan Tentera Udara Villamor Manila, Filipina semalam.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyifatkan penerimaan vaksin buatan China sebagai langkah penting negaranya dalam usaha melawan pandemik COVID-19.

Vaksin Buatan China Tiba di Filipina_fororder_微信图片_20210301125844

Ketika menyampaikan ucaptamanya pada majlis penyerahan vaksin tersebut, Duterte turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat dan kerajaan China atas sumbangan vaksin tersebut yang memperlihatkan persahabatan dan perpaduan antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Duta Besar China ke Filipina, Huang Xilian pula berkata, sumbangan vaksin dari kerajaan dan pihak tentera China yang dihantar dengan menggunakan pesawat tentera turut mencerminkan persahabatan rakyat dan kerajaan China terhadap Filipina, selain mempamerkan keazaman pihak tentera kedua-dua negara untuk bersama-sama menangani wabak dan meningkatkan kerjasama pertahanan.

Tambah Huang, China berharap agar penularan wabak dapat dikawal, seterusnya dapat melaksanakan agenda pemulihan ekonomi dengan secepat mungkin, sekali gus melestarikan kesejahteraan rakyat  di Filipina.

Untuk rekod, Agensi Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Filipina telah meluluskan penggunaan kecemasan  vaksin COVID-19 keluaran Sinovac Biotech Ltd, China pada 22 Februari lalu dan program pemvaksinan dijangka akan bermula pada bulan ini di pelbagai tempat.

高蕾