SA: Vaksinasi Berjalan Lancar, Tahap Perintah Berkurung Diturun

2021-03-01 13:54:04  CRI
Share with:

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa mengumumkan penurunan tahap perintah berkurung yang dilaksanakan di seluruh negara pada kategori ketiga kepada pertama, pada Ahad.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kes jangkitan harian yang makin berkurangan serta program vaksinasi yang berjalan lancar.

Ketika berucap menerusi saluran TV, Ramaphosa berkata, program vaksinasi yang bermula sejak 17 Februari dilaksanakan dengan baik, membolehkan lebih 67,000 orang petugas perubatan disuntik vaksin.

Menurut beliau, bermula Mac, pusat inokulasi akan meningkat kepada 49 daripada 17 yang sedia ada, terutamanya di kawasan luar bandar.

Afrika Selatan merupakan antara negara Afrika yang paling teruk dilanda wabak, dengan 1.51 juta kes jangkitan dan 50,000 kematian.

Program vaksinasi itu dirancang meliputi 40 juta orang penduduk, iaitu dua pertiga daripada keseluruhan populasi negara itu.

董筱娉