China Pelabur Terbesar Sektor Pembuatan Malaysia

2021-03-03 11:54:01  CRI
Share with:

China muncul sebagai pelabur asing terbesar Malaysia dalam sektor pembuatan selama lima tahun berturut-turut, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada Selasa.

MIDA dalam satu kenyataan memaklumkan, China juga terus berada pada kedudukan teratas bagi pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan di Malaysia.

Pada tahun lalu, kerajaan Malaysia meluluskan FDI berjumlah RM91.3 bilion untuk industri pembuatan, meningkat 10.3% berbanding tahun sebelumnya. Antaranya, China menyumbang sebanyak RM17.8 bilion, meletakkannya antara rakan FDI paling utama Malaysia.

梁靓