Di Manakah Penawar Penyakit Rasisme?

2021-03-03 14:40:41  CRI
Share with:

Bekas anggota polis Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd dilaporkan akan berdepan perbicaraan oleh juri dalam masa terdekat.

Pada hujung bulan lalu, Juri Agung AS menolak permohonan pendakwaan terhadap pegawai polis yang terlibat dalam kes kematian warga kulit hitam, Daniel Prude.

Keputusan itu disifatkan sebagai satu lagi “penangkal” kepada tindakan kejam polis AS ketika menguatkuasakan undang-undang.

Dalam sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) mutakhir ini, beberapa pelapor khas PBB dan pakar isu hak asasi mengeluarkan kenyataan bersama menggesa kerajaan AS melaksanakan langkah reformasi menyeluruh untuk menghentikan keganasan polis, serta menyelesaikan masalah rasisme dan diskriminasi ras di dalam negeri.

Dilihat dari sejarah AS, baik ideologi diskriminasi perkauman mahupun ketuanan kulit putih tidak pernah lenyap seiring dengan tamatnya sistem perhambaan di negara itu.

Pada hakikatnya, ketidakcekapan dan kelalaian politikus AS antara punca yang menyebabkan amalan rasisme dibiarkan berleluasa.

Susulan polarisasi politik yang semakin teruk, si politikus yang hanya mempedulikan kertas undi semenangnya tiada motivasi untuk benar-benar menyelesaikan masalah tersebut.

Malahan, tanpa rasa malu, politikus AS terang-terangan mencampuri urusan dalaman negara lain dengan dalih hak asasi.

周乔西