Isu Xinjiang, Agenda Sampingan Sidang UNHRC

2021-03-04 17:17:52  CRI
Share with:

Satu mesyuarat mengenai jaminan pekerjaan dan hak asasi di Xinjiang diadakan secara maya pada Rabu, bersempena sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

Pakar dan sarjana yang hadir dalam mesyuarat itu bersependapat, dasar jaminan pekerjaan di wilayah Xinjiang serta praktiknya selaras dengan Perlembagaan dan undang-undang China, juga sesuai dengan piawaian buruh dan hak asasi antarabangsa. Ia sekali gus menjamin hak penduduk pelbagai etnik untuk hidup dan memajukan diri.

Penyelidik hak asasi dari Universiti Sains Politik dan Undang-undang Barat Laut (NWUPL) China, Cao Yan menyatakan dasar tersebut sejajar dengan aspirasi masyarakat tempatan terhadap hidup lebih bahagia, dan pasti mampu memacu pembangunan sosioekonomi hingga mewujudkan kemakmuran berkekalan.

Mesyuarat tersebut dianjurkan Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS) bersama Misi Tetap China ke Pejabat PBB di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland.

周乔西