AS Perlu Adaptasi Dasar Perdagangan dengan China

2021-03-04 14:52:57  CRI
Share with:

Kerajaan baharu AS mendakwa akan mengguna pakai apa jua alat yang relevan bagi menangani amalan “perdagangan tidak adil” China, seperti diheboh-hebohkan pejabat Perwakilan Perdagangan AS (USTR).

Pejabat itu pada Isnin mengeluarkan laporan agenda perdagangan bagi 2021 dan 2020 yang banyak memfokuskan kepada perdagangan dengan China.

Hal ini sudah tentu mengecewakan masyarakat domestiknya, lebih-lebih lagi apabila mendepani impak penularan pandemik COVID-19 dan cabaran dalam memulihkan ekonomi.

Sebelum menulis laporan tersebut, AUSTR sepatutnya mengambil berat pandangan kaum tani negara sendiri. Menurut maklumat Jabatan Pertanian AS, kaum tani negara itu merancang memperluas kawasan penanaman kacang soya dan jagung sebanyak 5% pada musim bunga ini, memandangkan perdagangan luar kembali rancak dan permintaan pasaran China yang besar.

Pada masa yang sama, Dewan Perniagaan AS dan Kumpulan Rhodium dalam satu laporan bersama menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS akan mengalami kerugian berjumlah USD190 bilion setiap tahun menjelang 2025, sekiranya mengenakan tarif tambahan 25% terhadap produk China.

Laporan itu turut mengingatkan risiko hilangnya daya saing syarikat AS jika mencantas hubungan dengan China.

Hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS terjalin berdasarkan hukum pasaran dan pilihan bersama syarikat kedua-dua negara.

Percubaan mengubah hukum ekonomi dengan taktik politik akan menjejaskan rantaian industri dan bekalan sejagat. Ia juga tidak membantu untuk menyelesaikan masalah AS sendiri.

Oleh itu, AS perlu mengadaptasi dasar perdagangan dengan China berprinsipkan menghormati  hukum ekonomi pasaran dan peraturan perdagangan bebas, di samping memperkasakan kerjasama.

张哲