Sakura berkembang mekar di Beikengwu, kampung Shilong, pekan Huyuan di luar bandar Hangzhou baru-baru ini, menandakan bermulanya pelaksanaan pakej pelancongan kekampungan di kawasan berkenaan.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pekan itu telah menyaksikan pembaikpulihan persekitaran dan pelaksanaan sejumlah pakej pelancongan yang bercirikan tempatan yang merangkumi keistimewaan empat musim termasuk pakej menikmati bunga sakura dan menghayati adat resam tradisional.