Dunia Nantikan Peluang Dijanji China

2021-03-05 12:26:22  CRI
Share with:

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) membuka tirainya di Beijing, yang menjadi perhatian ramai.

Ini acara politik tahunan yang sangat penting lebih-lebih lagi diadakan sempena ulang tahun ke-100 penubuhan Parti Komunis China (PKC) serta pelangkah pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14.

Media asing memuji prestasi ekonomi China bagi tahun 2020 dengan mengatakan negara itu meraih pertumbuhan di luar jangkaan.

Sewaktu senario keadaan ekonomi sejagat kekal suram, dunia menantikan “enjin China” dapat terus menghasilkan momentum yang lebih besar.

Seperti yang diharapkan, laporan kerja kerajaan akan memuktamadkan matlamat pembangunan sosioekonomi serta pendekatan pelaksanaan.

Perbahasan mengenai FYP ke-14 dan draf garis panduan Wawasan 2035 antara agenda utama persidangan berkenaan, dengan tujuan untuk menggariskan hala tuju pembangunan negara dalam tempoh 5 hingga 15 tahun akan datang.

Perkara yang dapat diramalkan bahawa dasar makro China bagi 2021 bakal kekal status yang konsisten, mapan dan lestari, dengan tahap pelaksanaan yang lebih cekap dan bersasar.

Negara itu turut akan mencipta lebih banyak peluang pembangunan bersama kepada dunia menyasar bidang inovasi, hijau dan lain-lain.

Dewasa ini, China mempergiat usahanya dalam membentuk paradigma pembangunan baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, manakala kitaran domestik dan antarabangsa saling menggalakkan, hingga mengorak langkah menuju ke tahap keterbukaan yang lebih tinggi meliputi bidang lebih luas dengan skop lebih besar.

Laporan media asing pula pernah menghuraikan prestasi China dalam bidang inovasi.

Sebagaimana yang dilaporkan media UK, Lexology, negara Tembok Besar itu sedang mengalihkan cara pengeluarannya daripada tradisional kepada inovasi dan teknologi, manakala ekonominya yang berteraskan industri baharu, format baharu dan model komersial baharu memperlihatkan pertumbuhan eksponen, sehingga mempengaruhi ekonomi global.

China sedang berusaha ke arah menjadi negara neutral karbon menjelang tahun 2060, sekali gus menyuntik momentum baharu kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

董筱娉