Matlamat Pembangunan China Sejajar Aspirasi Dunia

2021-03-06 14:51:50  CRI
Share with:

Matlamat Pembangunan China Sejajar Aspirasi Dunia_fororder_1614939078025_634_713x425

Laporan kerja kerajaan sedang dibahaskan dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China yang bermula Jumaat.

Laporan itu memperlihatkan iltizam China untuk memastikan ekonomi tumbuh pada kadar munasabah bukan sahaja dari segi kuantiti, tetapi juga menyasar kualiti yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, China menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar lebih 6% tahun ini. Matlamat itu ditetapkan dengan mempertimbangkan situasi di dalam dan luar negara.

Selain memantapkan ekonomi, kerajaan China juga akan mengambil pelbagai pendekatan untuk memacu pembangunan yang lebih berkualiti, antaranya memperincikan pembaharuan dalam sektor penting, mendorong usaha inovasi dan mempertingkat tahap keterbukaan.

Pada masa yang sama, usaha mencegah dan mengawal pencemaran serta pembangunan ekologi juga menjadi keutamaan.

Komitmen China terus memperluas keterbukaan dan lebih aktif terlibat dalam kerjasama ekonomi antarabangsa, nescaya membolehkan dunia berkongsi lebih banyak faedah daripada pembangunan negara ini.

Menurut statistik terkini, ekonomi China terus mengekalkan trend pertumbuhan pada Januari dan Februari, memperlihatkan syarikat domestik mampu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Hal ini juga kondusif untuk mencapai matlamat pembangunan yang disasarkan.

Agregat ekonomi China telah melepasi RMB100 trilion (RM62.7 trilion) pada 2020, iaitu lebih 17% daripada ekonomi sejagat. Kesungguhan China dalam memacu pembangunan yang mampan dan berkualiti tinggi juga membantu memantapkan ekonomi dunia yang kini berdepan ketidaktentuan.

张哲