Patriot Tadbir Hong Kong, Kunci Lengkapkan Sistem Elektoralnya

2021-03-06 15:42:21  CRI
Share with:

Patriot Tadbir Hong Kong, Kunci Lengkapkan Sistem Elektoralnya_fororder_a1

Penjelasan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China mengenai draf resolusi berkaitan sistem elektoral Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong memaparkan prinsip rukun badan berkuasa tertinggi itu terhadap penambahbaikan sistem berkenaan.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wang Chen berkata, patriot yang dipilih mentadbir Hong Kong menjadi kunci keselamatan dan ketenteraman secara berkekalan di wilayah itu.

“Penjelasan NPC itu dibuat dengan mengambil kira lima rukun, antaranya termasuk melaksanakan sepenuhnya ‘satu negara, dua sistem’, warga Hong Kong mentadbir Hong Kong dengan tahap autonomi tinggi,” ujar beliau pada majlis perasmian NPC di Beijing, pada Jumaat.

Selain itu, prinsip memelihara dengan teguh kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara juga perlu dijunjung tinggi.

Patriot Tadbir Hong Kong, Kunci Lengkapkan Sistem Elektoralnya_fororder_b1

Menurut beliau, usaha mentadbir Hong Kong mesti dilakukan di sisi undang-undang dengan mengambil kira keadaan sebenar, hingga meningkatkan kecekapan tadbir urus.

“Lima rukun itu bukan sahaja memastikan Beijing mempunyai kuasa penuh terhadap Hong Kong, tetapi juga  memberikan kuasa autonomi tinggi kepada wilayah itu,” jelasnya.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor dalam kenyataannya turut menyambut baik prinsip rukun berkenaan, dan berjanji akan bertindak di bawah bimbingan kerajaan pusat ke arah melengkapkan sistem pilihan raya wilayah.

董筱娉