Suara Lantang Sokong Dasar Berkaitan HK

2021-03-07 14:12:35  CRI
Share with:

Dalam sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Jumaat, Belarus dalam satu kenyataan bersama mewakili 70 negara mengulangi pendirian yang menyokong pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong oleh kerajaan pusat China.

Kenyataan tersebut turut menggesa pihak-pihak terbabit berhenti mencampuri urusan Hong Kong yang merupakan hal ehwal dalaman China.

Selain itu, terdapat 20 lagi negara yang lantang bersuara menyokong China dalam isu Hong Kong menerusi ucapan masing-masing.

Hal ini mencerminkan dasar China mengenai Hong Kong mendapat pengiktirafan meluas masyarakat antarabangsa.

Lantaran itu, makin sempitnya ruang untuk kuasa anti-China dari Barat yang berniat mengekang pembangunan China dengan mempergunakan isu Hong Kong.

Perbahasan mengenai draf resolusi berkaitan penambahbaikan sistem elektoral di Hong Kong antara agenda utama sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China yang sedang berlangsung di Beijing buat masa ini.

Selepas draf itu diluluskan, kelemahan yang wujud dalam sistem pilihan raya Hong Kong akan dapat dibaiki dari asasnya, sekali gus memastikan kuasa mentadbir Hong Kong terletak di tangan patriot.

Ia dianggap penyangga kepada keselamatan dan ketenteraman berkekalan di Hong Kong, nescaya membolehkan masyarakat antarabangsa berkongsi lebih banyak peluang daripada pembangunan wilayah itu.

 

周乔西