China Komited Tingkat Bantuan Vaksin kepada ASEAN

2021-03-07 17:43:45  CRI
Share with:

China akan terus meningkatkan sokongan kepada usaha anggota ASEAN melawan pandemik COVID-19, ujar Menteri Luar Wang Yi dalam sesi taklimat di Beijing, petang tadi.

“China sedang membekalkan vaksin COVID-19 keluarannya kepada pelbagai negara ASEAN, selain membantu Indonesia membina pusat vaksin di rantau Asia Tenggara,” kata Wang.

Beliau turut mengulangi komitmen China untuk terus mengintensifkan kerjasama saling untung dengan ASEAN.

Inisiatif juga akan diambil untuk menyelaraskan paradigma pembangunan baharu dengan Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN, mendorong Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuat kuasa seawal mungkin, serta memacu titik pertumbuhan baharu dalam kerjasama membabitkan ekonomi digital dan pembangunan mampan.

周乔西