Perhatian Sarjana Thailand Terhadap NPC dan CPPCC

2021-03-08 11:46:07  CRI
Share with:

Persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang sedang berlangsung di Beijing telah menarik perhatian Prof. Madya Jurusan Ekonomi Universiti Thammasat, Dr. Aksornsri Phanishsarn, iaitu sarjana dari Thailand yang tersohor dalam bidang pengajian tentang China.

Ketika diwawancara wartawan China Media Group (CMG) bau-baru ini, beliau menyatakan “NPC” dan “CPPCC” merupakan tingkap penting China kepada dunia luar. Perkembangan ekonomi dan sains teknologi China menjadi dua bidang utama yang difokuskannya.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_b4c06de2-636b-493f-98ae-a7d92989386c

Prof. Madya Aksornsri berkata, tahun 2020 dipenuhi krisis dan cabaran bagi pelbagai negara di seluruh dunia. Antara entiti ekonomi utama di dunia ini, hanya China dapat mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang positif. Pencapaian ini tidak terlepas dari usaha gigih yang dilakukan kerajaan China dalam melawan wabak COVID-19. Keazaman dan tindakan  kerajaan, rakyat dan sektor korporat China yang berganding bahu mendorong pertumbuhan dan pemulihan ekonomi dapat disaksikan oleh pelbagai negara.

Prof. Madya Aksornsri menyampaikan rasa kagum terhadap hasil pembangunan yang tercapai semasa tempoh “Rancangan Lima Tahun ke-13” seperti mana yang dirumuskan dalam laporan kerja kerajaan China baru-baru ini. Sementara itu, perancangan yang terkandung dalam “Rancangan Lima Tahun ke-14”China untuk terus meningkatkan keupayaan inovasi sains dan teknologi merupakan tarikan paling besar baginya.

张宪