Pencapaian Xinjiang yang Cemerlang dalam Menjamin Hak Asasi Manusia

2021-03-08 15:09:58  CRI
Share with:

Apa yang disebut "penghapusan bangsa" di wilayah Xinjiang sama sekali tidak berasas, dan hanya merupakan bohong belaka saja yang direka-reka dengan motif terselindung, ujar Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) semalam, susulan dunia Barat yang asyik menekankan China kebelakangan ini dengan memutarbelitkan dan menghitamkan keadaan hak asasi manusia di wilayah berkenaan.

Mereka-reka khabar angin dan memperagakan penipuan antara muslihat utama yang digunakan kem anti-China dari Barat dalam memburukkan nama Xinjiang. Segelintir institusi dan individu Barat yang memegang prasangka ideologi dan tujuan politik "mengekang China dengan isu Xinjiang", mereka-reka apa yang disebut "pembunuhan kaum", "memaksa bekerja" dan "menahan secara besar-besaran", tanpa membuat tinjauan apa-apa pun dan membekalkan bukti apa-apa pun. Kemudian bohong belaka seumpama itu digembar-gemburkan segelintir warga media dan politikus dalam masyarakat antarabangsa, dengan tujuan untuk menjejaskan keamanan dan kestabilan tempatan Xinjiang malah menghalang China daripada berkembang makmur.

Bagaimanapun, pada 40 tahun yang lalu, populasi etnik Uygur di Xinjiang dilaporkan bertambah sekali ganda. Dalam tempoh tahun 2010 hingga 2018 sahaja , populasi etnik minoriti tersebut meningkat 25%, iaitu 12 kali ganda lebih tinggi daripada kadar pertambahan populasi bangsa Han.

Dimaklumkan lagi, pada tahun 2014 hingga 2019, pendapatan perkapita di Xinjiang telah meningkat daripada RMB23,200 (RM14,572) kepada 34,700 (RM21,795), dengan kadar pertambahan tahunan mencatat 8.6%. Pencapaian dalam pelaksanaan dasar jaminan pekerjaan serta usaha melindungi dan menjamin hak asasi manusia dapat disaksikan oleh pelbagai lapisan masyarakat tempatan.

Dalam sidang ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC), China mendapat sokongan kuat dari sejumlah perwakilan asing yang menyampaikan ucapan berhubung isu Xinjiang. Mereka beranggapan bahawa dasar pekerjaan yang positif yang dilaksanakan Xinjiang yang berperanan bukan sahaja menjamin hak hidup dan hak pembangunan penduduk setempat, tetapi juga mendorong keadilan sosial, selaras dengan perlembagaan China serta piawaian pekerjaan dan hak asasi manusia masyarakat antarabangsa.

Pintu masuk Xinjiang sentiasa terbuka kepada mereka yang tidak memegang prejudis untuk lihat dan saksikan dengan mata sendiri.

高蕾