Vaksin Buatan China Lulus Ujian Keselamatan dan Integriti

2021-03-09 15:24:51  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media Ahad lalu menyatakan, indeks keselamatan dan keberkesanan merupakan kayu pengukur bagi menilai suatu vaksin sebagai yang baik atau tidak, tak kira vaksin itu buatan China atau negara lain. Setiap negara yang berkemampuan sepatutnya berusaha dengan sedapat mungkin untuk membantu rakyatnya mampu memperolehi vaksin.

Manifestasi ini sejajar dengan perjanjian kerajaan China yang hendak menjadikan vaksin COVID-19 buatan negara sendiri sebagai produk awam sejagat, yang menggambarkan usaha dan sikap bertanggungjawab China selaku sebuah negara besar.

Selain itu, China antara pelopor menggalakkan kerjasama antarabangsa mengenai vaksin dan memainkan peranan utama dalam mengagihkan vaksin secara samarata.

Menurut rekod, sebanyak 17 vaksin COVID-19 keluaran China sudah memasuki fasa ujian klinikal, dan vaksin buatan China telah mendapat permit untuk digunakan di lebih 60 buah negara. Serentak itu, China telah menghulurkan bantuan kecemasan secara percuma kepada 69 buah negara membangun yang amat memerlukan vaksin, dan mengeksport vaksin kepada 43 buah negara. China juga telah menyumbangkan vaksin kepada pasukan pengaman PBB dari pelbagai negara serta akan membekalkan vaksin kepada atlet yang bakal beraksi dalam Sukan Olimpik. China sedang menunaikan janjinya kepada dunia dengan tindakan praktikal. Ini turut menghancurkan khabar angin yang bertujuan memburukkan nama vaksin China dengan motif politik tersembunyi di belakangnya.

Perjuangan melawan wabak COVID-19 tidak akan berjaya jika hanya bergantung kepada beberapa negara sahaja. China berharap setiap negara yang berkemampuan boleh membekalkan vaksin kepada negara yang mempunyai keperluan terutamanya negara membangun, dan bertindak kondusif kepada usaha sejagat dalam melawan wabak.

曹捷