Di Wucheng, provinsi Zhejiang, deretan tanaman bunga yang mula menghasilkan dedaun berwarna merah, menghidangkan pemandangan hamparan karpet saujana mata memandang.
Pada sebelah petang Isnin lalu, Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Nauru David Adeang yang berada dalam jadual lawatan di China.
Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Pete Buttigieg dan Pengarah Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Mike Whitaker mengakui wujudnya masalah kawalan kualiti di syarikat Boeing baru-baru ini. Namun, kedua-dua mereka tidak memberi respons terhadap isu yang menjadi perhatian ramai termasuk langkah penyelesaian serta tanggungjawab yang perlu dipikul kerajaan.
Forum Antarabangsa 'Demokrasi: Nilai Kemanusiaan Dikongsi Bersama' edisi ketiga berlangsung di Beijing baru-baru ini, dihadiri lebih 200 orang peserta dari pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa. Para hadirin sependapat bahawa tujuan mengamalkan demokrasi adalah untuk menjamin dan menambah baik kesejahteraan manusia dan hak rakyat semua negara untuk menentukan jalan pembangunan sendiri perlu dihormati.