Semakin Banyak Potensi Pasaran Domestik Diterokai, Semakin Besar Peluang kepada Dunia

2021-03-10 15:02:07  CRI
Share with:

Sejak bulan Mei tahun lalu, barisan pemimpin China menegaskan berulang kali akan mempergiat usaha dalam membentuk Paradigma Pembangunan Baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, manakala kitaran domestik dan antarabangsa saling menggalakkan. Dalam tempoh berlangsungnya sidang tahunan NPC dan CPPCC pada tahun ini, 'dua kitaran' tersebut sekali lagi menjadi topik hangat dalam perbincangan.

Namun masih terdapat salah faham daripada dunia luar terhadap konsep 'dua kitaran' tersebut. Ada yang membimbangkan sama ada China akan meneruskan pelaksanaan dasar yang terbuka, dan sama ada pelaburan asing akan tergeser akibat pembangunan pasaran domestik yang kuat.

Dalam laporan kerja kerajaan China yang diserahkan untuk dibahaskan, dasar strategik tentang memperluaskan permintaan domestik ditekankan sekali lagi. Ini bermakna China akan meneroka pasaran domestik dengan sepenuhnya agar membentuk sebuah pasaran yang berkualiti tinggi dan berskala besar yang juga bersifat 'global'. Selain itu, dalam Paradigm Pembangunan Baharu, China merancang membangunkan ekonomi nasional yang beroperasi dengan lancar yang merangkumi segmen pengeluaran, pengagihan, logistik dan penggunaan, di samping mewujudkan keseimbangan antara permintaan dengan pembekalan dan merealisasikan kitaran pasaran yang baik. Ini juga dilihat dapat selanjutnya memudahkan pelaburan dan perdagangan antarabangsa dan mengurangkan kos perusahaan.

Serentak itu, pasaran domestik yang lebih sihat dan lancar akan kondusif kepada China membentuk rantai industri yang lebih lengkap, sistem yang lebih sempurna dan kerjasama rentas sempadan yang lebih aktif, mendorong China yang dulunya dilihat sebagai 'kilang dunia' menjalankan transformasi dan memberikan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada rantai industri dan rantai pembekalan dunia.

Maka, tidak bertentangan antara usaha memperhebat pasaran domestik dengan meningkatkan tahap keterbukaan, sebaliknya kedua-dua usaha itu adalah saling menggalakkan. Dalam tempoh lebih 40 tahun yang lalu, China telah mendapat manfaat besar daripada pembaharuan dan pelaksanaan dasar pintu terbuka, dan menyedari terus meningkatkan tahap keterbukaan dan merapatkan hubungan dengan ekonomi dunia, begitu penting bagi mewujudkan pembangunan yang berkualiti tinggi di negara sendiri.

Perkataan 'dasar yang terbuka' tidak pernah ketinggalan dalam kerja kerajaan China dan pelan pembangunan Negara, malah kekal kerap digunakan dan dilaksanakan .

曹捷