Teresa Cheng: Pentadbir Hong Kong Mesti "Lahir" dari Patriot

2021-03-10 14:17:59  CRI
Share with:

Teresa Cheng: Pentadbir Hong Kong Mesti "Lahir" dari Patriot_fororder_teresa

Kuasa untuk mentadbir Hong Kong perlu berada dalam kalangan individu yang cinta akan tanah air dan ia perlu dijadikan sebagai prinsip asas.

Setiausaha Kehakiman Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, China, Teresa Cheng berkata, anggota kerajaan yang mentadbir negara harus memenuhi piawaian lebih tinggi dalam prinsip cinta akan negara.

Beliau turut memberitahu bahawa penyempurnaan sistem elektoral Hong Kong adalah berasaskan undang-undang yang jelas.

Menurut beliau, penyempurnaan sistem elektoral Hong Kong dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran Hong Kong.

Pada masa sama, katanya, Majlis Perundangan akan kembali ke rangka politik yang positif dan dinamik, sementara usul-usul akan dibincangkan secara rasional dan objektif, sekali gus akan menyaksikan isu-isu sosioekonomi dan masyarakat dapat diselesaikan secara adil.

Dalam pada itu, Teresa Cheng berkata bahawa dengan mengikut prinsip "satu negara, dua sistem" dan "Hong Kong ditadbir patriot", wilayah itu dipercayai akan kembali ke landasan normal, manakala kesejahteraan rakyat akan turut dapat terjamin.

胡星