Demokrasi Gaya China yang Segar-Bugar

2021-03-11 13:50:26  CRI
Share with:

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dilihat sebagai 'baling-baling' bagi masyarakat antarabangsa yang memperhatikan kecenderungan dasar di China, dan juga  merupakan tingkap penting bagi China menunjukkan praktik demokrasi kepada dunia luar. Dalam tempoh berlangsungnya kedua-dua persidangan itu pada tahun ini, hampir 3,000 wakil NPC dan lebih 2,000 anggota CPPCC berhimpun di Beijing untuk membincangkan dan membahaskan pelan pembangunan sosioekonomi China untuk tempoh lima tahun bahkan lima belas tahun akan datang serta usul dan cadangan penting yang lain, sekali gus menunjukkan demokrasi China yang segar-bugar dan penuh semangat.

Para wakil NPC dan anggota CPPCC yang mewakili seramai 1.4 bilion orang China mengambil bahagian dalam pentadbiran negara dan membincangkan urusan politik , terdiri daripada pegawai kerajaan, usahawan, warga sains, teknologi dan pendidikan, buruh dan petani. Ini boleh memastikan keprihatinan pelbagai lapisan masyarakat China dapat dibawa ke platform politik negara yang paling penting, dan melahirkan pengaruh dan mendorong kerajan untuk membuat keputusan yang dituntut masing-masing.

Yang perlu ditekankan bahawa demokrasi gaya China adalah sejenis demokrasi yang melibatkan sepanjang proses, iaitu semua keputusan mengenai penggubalan undang-undang dibuat secara saintifik dan demokratik mengikuti prosedur yang sedia ada dan melalui perbincangan secara demokratik.

Demokrasi sosialis bercirikan China dilaksanakan dengan pimpinan parti pemerintah China, berperanan mewujudkan konsensus melalui pelbagai mekanisme institusi, dan akhirnya membentuk kehendak negara yang mengarahkan tindakan selanjutnya, demi mencapai tujuan asas iaitu, berkhidmat untuk kepentingan rakyat.

Apabila dunia luar mengagumkan macam mana pertumbuhan ekonomi yang pesat dan kestabilan masyarakat dalam jangka masa yang panjang dapat serentak diwujudkan di China, politik demokratik sosialis bercirikan China adalah antara jawapan yang penting. Sistem yang menggambarkan kehendak rakyat, menjamin hak dan kepentingan rakyat dan disokong rakyat ini,  merupakan penyangga kepada pembangunan di China yang penuh keyakinan. Ia juga menambah corak kepada impian umat manusia yang mengejar cita-cita demokrasi,  dan menyumbangkan kecerdasan China kepada kemajuan tamadun politik manusia.

曹捷