Mesyuarat Menteri Penerangan ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan ke-6 Diadakan

2021-03-13 14:24:03  CRI
Share with:

Mesyuarat Menteri Penerangan ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-6 telah diadakan secara telesidang semalam. Wakil dari pelbagai negara ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan telah menghadiri mesyuarat tersebut untuk membincangkan secara mendalam mengenai kerjasama yang pragmatik dalam bidang media dan mendorong kemakmuran serantau.

Pengarah Pejabat Penerangan Dewan Negara China, Xu Lin dalam ucapannya menyatakan, kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan dalam bidang media telah memainkan peranan yang tidak dapat digantikan dalam memupuk persahabatan dan meningkatkan persefahaman di kalangan rakyat serantau. Menurut beliau, China yang memegang konsep Presiden Xi Jinping tentang 'mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan', bersedia bersama-sama pelbagai pihak bersatu padu mengintensifkan kerjasama penyiaran sehingga mewujudkan persada opini umum yang berfaedah bagi mendorong kemakmuran dan kestabilan serantau serta pembangunan bersama.

Para hadirin dari pelbagai negara pula berkongsi pengalaman masing-masing dalam pembangunan dan inovasi bidang media dan menyanjung tinggi pencapaian kerjasama antara media pelbagai negara.

Dalam rangka kerjasama ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan, pelbagai pihak diharap terus meneroka saluran baharu, membina wahana baharu, terus meningkatkan kerjasama dalam bidang penghasilan  dan penyiaran program, latihan insan, penggunaan media baharu dan transformasi media digital supaya terus memainkan peranan yang besar dalam melawan pandemik, berkongsi peluang pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

张宪