Mengapa Kerajaan China Mendapat Kadar Kepuasan Tinggi?

2021-03-13 14:54:22  CRI
Share with:

Mengapa Kerajaan China Mendapat Kadar Kepuasan Tinggi?_fororder_微信图片_20210314143044

Mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri Li Keqiang pada sidang media yang diadakan baru-baru ini menjadi jawapan terbaik kepada soalan yang berhubung mengapa kerajaan China mampu mendapat kadar kepuasan tinggi di kalangan rakyat negara sendiri.

Dalam sidang media setelah sesi keempat Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-13 yang melabuhkan tirainya di Beijing pada 11, Mac, Perdana Menteri Li berkata, pembangunan China pada asasnya menyasarkan kesejateraan rakyat. Selain itu, beliau juga memfokuskan isu-isu seperti peluang kerja, kehidupan rakyat, pendidikan wajib, perubatan asas dan lain sebagainya dalam ucapannya.

Mengapa Kerajaan China Mendapat Kadar Kepuasan Tinggi?_fororder_微信图片_20210314143052

Bayangkanlah, tujuh daripada 20 indeks utama dalam Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi kebangsaan yang diluluskan NPC kali ini melibatkan isu kehidupan rakyat.  

Sementara itu, China telah membentuk sistem jaminan sosial yang skalanya paling besar di dunia, dan perkhidmatan insurans perubatan asas di negara ini pula mencakupi lebih 1.3 bilion orang.

Kerajaan China sentiasa mengutamakan kepentingan rakyatnya. Sebagai contoh, meletakkan nyawa dan kesihatan rakyat di tempat teratas dalam usaha melawan pandemik COVID-19, mengutamakan usaha menyediakan dan menciptakan peluang kerja untuk rakyat sepanjang proses pemulihan ekonomi dan  memberikan tumpuan terhadap isu penyempurnaan kehidupan rakyat ketika menggubalkan rancangan pembangunan untuk masa depan.

Kesemuanya ini adalah sebabnya mengapa kerajaan China bertahun-tahun mendapat kadar kepuasan tinggi di kalangan rakyat negara sendiri. 

Mengapa Kerajaan China Mendapat Kadar Kepuasan Tinggi?_fororder_微信图片_20210314143058

曹捷