Jabatan kerajaan China mengadakan sidang media semalam untuk menjelaskan keputusan yang diluluskan Sesi keempat Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-13 dengan majoriti undi setuju berhubung penyempurnaan sistem elektoral Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.
Memelihara keselamatan negara melalui pemastian keselamatan pilihan raya adalah kelaziman dunia. Masalah yang dihadapi Hong Kong sekarang adalah pergelutan antara cubaan rampasan kuasa dengan langkah menentang rampasan kuasa, cubaan subversi dengan usaha membanteras subversi, tindakan penyusupan dengan usaha membanteras penyusupan. Bertolak ansur dalam isu ini adalah mustahil bagi kerajaan pusat China.
Dua langkah NPC yang penting, iaitu menggubal 'Undang-undang Keselamatan Negara melibatkan Hong Kong' pada tahun lalu dan menyempurnakan sistem elektoral Hong Kong, kondusif bagi mengatasi risiko yang menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan pemerintahan Hong Kong dari segi undang-undang, menghalang kelompok anti-China dan perusuh yang berniat untuk mengacaukan Hong Kong yang cuba merampas kuasa pemerintahan, dan mengekang kuasa luar yang cuba mencampur tangan urusan Hong Kong sehingga meningkatkan jaminan dalam melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara China.
Bagi masyarakat Hong Kong, penduduk tempatan amat membenci lakuan aktivis pemisah yang terpilih sebagai penjawat awam dengan menggunakan kekurangan yang terwujud dalam sistem pemilihan. Tindakan selanjut yang dilakukan mereka dilihat membawa ancaman kepada keselamatan negara dan menjejaskan pembangunan Hong Kong. Menurut hasil tinjauan awam Persatuan Penyelidikan Hong Kong, kira-kira 70% responden menyatakan sokongan terhadap Keputusan yang bertujuan menyempurnakan sistem elektoral Hong Kong.
Cetak biru pembangunan Hong Kong yang melibatkan pelbagai bidang yang penting terkandung dalam Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan dan garis panduan Visi 2035 Negara China yang baru diluluskan oleh NPC. Diulas lanjut, memelihara kemakmuran dan kestabilan Hong Kong bukan sahaja selaras dengan kepentingan China, tetapi juga kepentingan masyarakat antarabangsa.