Kenyataan Pengerusi Majlis Keselamatan PBB Diharap Redakan Ketegangan Myanmar

2021-03-13 18:52:09  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan kenyataan pengerusi mengenai isu Myanmar kelmarin. China secara membina melibatkan diri dalam sebahagian perbincangan berkenaan. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa kenyataan tersebut diharap akan membantu meredakan situasi di Myanmar.

Zhao menekankan bahawa hal kecemasan buat masa sekarang adalah mencegah konflik berdarah, mengurangkan ketegangan situasi di samping meningkatkan pengantaraan diplomatik dan mendorong penyelesaian melalui dialog. Mesyarakat antarabangsa dikehendaki menyediakan syarat-syarat yang berguna.

Selain itu, Zhao juga berharap  agar pelbagai pihak Myanmar mengutamakan kepentingan asas rakyat negara sendiri, mengekalkan rundingan dan dialog, menyelesaikan perselisihan di bawah rangka perlembagaan dan undang-undang dan terus mendorong proses peralihan demokrasi domestik.

Menurut Zhao, China menyokong ASEAN terus memegang prinsip tidak mencampur tangan urusan dalaman suatu negara, berusaha mencari penyelesaian melalui dialog, sementara bertindak sebagai pengantara dengan “kaedah ASEAN” untuk mencapai konsensus melalui rundingan.

Zhao Lijian berkata, Myanmar dan China adalah sahabat yang sejak sekian lama “berat sama dipikul, ringan sama dijinjin”. China bersedia meneruskan komunikasi dengan pelbagai pihak Myanmar supaya memainkan peranan yang bersifat membina untuk meredakan ketegangan situasi.

张宪