Sistem Pemilihan Hong Kong yang Ditambahbaik, Pelindung Demokrasi

2021-03-13 15:06:27  CRI
Share with:

Sistem Pemilihan Hong Kong yang Ditambahbaik, Pelindung Demokrasi_fororder_微信图片_20210314143258

Selepas Sesi keempat Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-13 meluluskan keputusan mengenai menambahbaik sistem elektoral Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, ada segelintir politikus dari Amerika Syarikat dan negara Barat yang bertudung 'demokrasi', mula memfitnah keputusan China ini dengan apa yang disebut 'serangan terhadap sistem demokrasi', dan 'pentabiran autonomi bertaraf tinggi di Hong Kong tidak wujud lagi'.

Hong Kong merupakan wilayah China.  NPC sebagai badan berkuasa tertinggi di China mengambil langkah keinstitusian untuk menambahkaik sistem elektoral Hong Kong secara sistematik, mengatasi kelemahan dan memastikan “Hong Kong Ditadbir Patriot”. Sistem elektoral Hong Kong yang ditambahbaik sebenarnya berperanan sebagai pelindung yang kuat terhadap sistem demokrasi masyarakat tempatan.

Keputusan NPC  menambahbaik sistem Jawatankuasa Pemilihan Hong Kong, dengan meningkatkan jumlah anggota jawatankuasa pemilihan dari 1,200 orang dari empat bidang ke 1,500 orang dari lima bidang.

Selain itu, bakal Jawatankuasa Pemilihan Hong Kong berfungsi memilih Ketua Eksekutif, dan juga diberi fungsi baharu untuk memilih sebahagian anggota Majlis Legislatif (LegCo) serta mengemukakan calon anggota LegCo. Dengan demikian, LegCo dapat mewakili kepentingan keseluruhan masyarakat Hong Kong dengan lebih baik dan komunikasi antara agensi pentadbiran dengan perundangan pun akan menjadi lebih lancar.  

Sistem Pemilihan Hong Kong yang Ditambahbaik, Pelindung Demokrasi_fororder_微信图片_20210314143304

Demokrasi berkembang dalam pelbagai bentuk di dunia ini, dan setiap negara berhak memilih sistem demokrasi berdasarkan keadaan negara sendiri. Sistem demokrasi Hong Kong yang bersesuaian dengan keadaan sendiri, menggambarkan kepentingan keseluruhan masyarakat, kondusif kepada pemeliharaan kemakmuran dan kestabilan masyarakat dan mendapat sokongan di kalangan penduduk adalah sistem yang baik. Berhentilah fitnah yang keji dari segelintir politikus AS dan Barat yang hanya bertujuan mencoret arang pada muka China.

曹捷