Manifestasi Menteri Luar G7 mengenai Isu Hong Kong, Sia-sia Sahaja

2021-03-14 14:25:52  CRI
Share with:

Selepas keputusan untuk menambahbaik sistem elektoral Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong diluluskan oleh Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), badan berkuasa tertinggi di China, menteri-menteri luar Kumpulan Tujuh (G7) yang bertudung 'demokrasi', mengeluarkan sebuah kenyataan pada Jumaat minggu lalu, sekali lagi memfitnah langkah kerajaan China ini dengan apa yang disebut “menjejaskan pentadbiran autonomi bertaraf tinggi di Hong Kong” dan “membelakangi sasaran untuk melaksanakan pemilihan umum di Hong Kong”, bahkan menuntut China bertindak mengikut bekas 'Perisytiharan Bersama China-Britain' dengan alasan yang bukan-bukan.

Yang diketahui umum bahawa NPC tidak membuat sebarang pindaan terhadap fasal ke-45 dan ke-68 yang melibatkan pemilihan umum dalam Undang-undang Asas Hong Kong ketika mengambil langkah penambahbaikan terhadap sistem elektoral Hong Hong kali ini. Ini membuktikan bahawa sasaran untuk mewujudkan pemilihan umum tidak  berubah, dan tetap akan diusahakan berdasarkan keadaan sebenar di Hong Kong dan panduan 'selangkah demi selangkah'. Ini juga menggambarkan keazaman dan keikhlasan kerajaan pusat China untuk membangunkan politik demokratik di Hong Kong sekali gus menunjukkan keyakinan terhadap sistem negara sendiri. Para menteri luar G7 yang sengaja mengaitkan tindakan penambahbaikan sistem elektoral Hong Kong dengan sasaran mewujudkan pemilihan umum, sebenarnya bertujuan mengelirukan masyarakat antarabangsa seperti 'udang di balik batu'.

Bekas 'Perisytiharan Bersama China-Britain' tidak memberikan hak kepada Britain untuk memikul sebarang tanggungjawab ke atas Hong Kong dan mencampuri urusan Hong Kong selepas wilayah itu dikembalikan kepada pangkuan tanah air China. Britain tidak mempunyai kedaulatan, hak pentadbiran dan hak pemerintahan terhadap Hong Kong sejak tahun 1997. Apa dah lagi, perisytiharan itu adalah dokumen dua hala, maka negara dan pertubuhan lain tidak berhak mencampuri urusan Hong Kong dengan memperalatkannya. Tindakan menteri-menteri luar G7 tersebut dilihat membelakangi norma asas yang terkandung dalam Undang-undang Antarabangsa dan hubungan antarabangsa, iaitu tidak mencampuri urusan dalaman negara lain. Terdedahlah mentaliti mereka sebagai kolonialis yang seram dan niat jahat untuk membendung pembangunan China.

曹捷