Varian P.3 COVID-19 Dikesan di Filipina

2021-03-14 15:39:52  CRI
Share with:

P.3, sejenis varian koronavirus baharu telah dikesan di Filipina, yang dilaporkan menyebabkan berlakunya 98 kes jangkitan setakat kini.

Menurut Kementerian Kesihatan Filipina semalam, pihaknya telah mengesan kes pertama jangkitan varian P.1 di negaranya, dan pesakitnya ialah seorang perantau Filipina yang pulang dari Brazil. Di samping itu, pihaknya juga mengesan 59 kes baharu jangkitan varian B.1.1.7 yang paling awal didapati di Britain, dan 32 kes baharu jangkitan varian B.1.351 yang paling awal didapati di Afrika Selatan.

高蕾