Kemboja: 230 Ribu Penerima Vaksin China Sihat

2021-03-15 14:33:54  CRI
Share with:

Menurut statistik terkini kerajaan Kemboja, seramai 235.7 ribu rakyat di negara itu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat China, Sinopharm.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Kemboja berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada China kerana memberikan hadiah yang berharga itu.

Menurutnya, semua penerima vaksin buatan China itu tidak menunjukkan kesan sampingan yang teruk.

Vaksin buatan China kumpulan pertama tiba di Phnom Penh pada 7 Februari. Pemvaksinan dilancarkan secara besar-besaran di negara itu pada tiga hari kemudiannya.

徐国玮