Pakar Asing Optimis FYP China

2021-03-15 15:04:54  CRI
Share with:

Dunia kini lebih menumpukan perhatian kepada Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025) China yang diwartakan mutakhir ini.

Pakar-pakar asing menyatakan rancangan itu melakar hala tuju baharu pembangunan China buat masa hadapan, sekali gus memaparkan imej negara itu yang bertanggungjawab dengan meletakkan kepentingan ekologi dan pertumbuhan hijau sebagai keutamaan.

Pakar Asing Optimis FYP China_fororder_jia1

Pakar isu antarabangsa dari Institut Schiller Perancis, Sebastien Perimony menyifatkan FYP itu sebagai amat impresif dengan huraian bahawa usaha pembaharuan diperkasakan menerusi kajian dan penerokaan yang berterusan.

"China telah mempelopori banyak bidang berkat pelaksanaan skim pelaburan yang menyasarkan sains dan teknologi," jelas Perimony.

Dalam pada itu, beliau turut memuji prestasi negara Tembok Besar itu dalam memerangi kemiskinan.

"Seperti diketahui umum, jaminan hak asasi pada asasnya lebih menjurus kepada tindakan menampung kehidupan rakyat dan mengisi perut mereka.

"Pencapaian China dalam menghapuskan kemiskinan mutlak bukan sahaja memberikan inspirasi kepada rakyat negara itu, malah juga kepada warga seluruh dunia," ujarnya.

Pakar Asing Optimis FYP China_fororder_jia2

Menyentuh mengenai pembangunan berkualiti, Pengarah Pusat Pengajian China dari Institut Polisi Pembangunan Lestari (SDPI) Pakistan, Shakeel Ahmad Ramay berpendapat, ia bukan sekadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi juga terletak pada usaha menambah baik alam sekitar.

"Seperti yang ditetapkan dalam FYP berkenaan, pembangunan rendah karbon yang menjadi keutamaan China akan dipergiat dalam beberapa tahun akan datang.

"Sementara itu, langkah juga akan dilaksanakan untuk mengawal projek-projek yang memerlukan lebih banyak tenaga dengan pelepasan karbon tinggi," katanya.

Menurut Shakeel, pembangunan hijau yang dipergiat di China akan turut membantu dunia mengatasi cabaran persekitaran dan perubahan iklim.

董筱娉